Salam hormat, salam Pengakap buat semua Kita mulakan dari sekarang - Januari, 2021 : Lencana Pengakap Remaja ( Jaya Diri ) Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dalam Kenegaraan, Fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, Badan Berkanun dan mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini. 1. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen. 2. Melukis dan menerangkan rupabentuk bendera semua Negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing. 3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi Kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS dan lain-lain. 4. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen yang berkenaan. 5. Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini. Lencana Kemahiran Lencana Ekspidisi Lencana Kegiatan Lencana Perkhidmatan
Ulasan
Catat Ulasan