Catatan

HAPPY FAMILY LOT 10

 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Semuga kita semua tetap dipelihara ALLAH dalam apa juga keadaan.  Ingatlah tatkala saudara kita ditimpa musibah kita seharusnya tetap tabah dan ingatlah kita sebenarnya juga turut diuji dengan musibah tersebut. Saudara kita dan keluarga menanggung derita kesakitan, keperitan dan seharusnya kita akan tetap bersama dengan mereka untuk sama-sama mengharungi kepelbagaian ujian tersebut.  Kita telah adakan bacaan Yassin beramai-ramai, adakan sembahyang hajat dan berdoa setiap masa memohon ke hadrat Allah Subha nahuwa taala agar Chu Lan diberi kesembuhan, ahli keluarganya diberi perlindungan dari segala mara bahaya. Usaha tersebut tidak sahaja di tanah air; alhamdulillah Kak Long Farah telah berusaha menghantar doa untuk dibaca oleh Sahabatnya yang bertugas di Makkatul Mukarromah dan Madinatul Munawwaroh.  Alhamdulillah.  Selain dari itu juga kita boleh sumbang Sedekah Subuh sekadar mampu diniatkan untuk kesembuhan Chu Lan. Mudah-mudahan dengan usaha dan

Lencana Pengakap Remaja

Imej

PENGAKAP RAJA 2021

Salam hormat, salam Pengakap buat semua Kita mulakan dari sekarang - Januari, 2021 : Lencana Pengakap Remaja ( Jaya Diri ) Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dalam Kenegaraan, Fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, Badan Berkanun dan mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini. 1. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen. 2. Melukis dan menerangkan rupabentuk bendera semua Negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing. 3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi Kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS dan lain-lain. 4. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen yang berkenaan. 5. Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini. Lencana Kemahiran Lencana Ekspidisi Lencana Kegiatan Lencana Perkhidmatan

PENGAKAP RAJA 2016

Salam hormat, salam Pengakap buat semua Kita mulakan dari sekarang - Januari, 2016 : Lencana Pengakap Remaja ( Jaya Diri ) Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dalam Kenegaraan, Fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, Badan Berkanun dan mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini. 1. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen. 2. Melukis dan menerangkan rupabentuk bendera semua Negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing. 3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi Kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS dan lain-lain. 4. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen yang berkenaan. 5. Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini. Lencana Kemahiran Lencana Ekspidisi Lencana Kegiatan Lencana Perkhidmatan

Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Remaja

Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Remaja Anugerah Ketua Pengakap Negara Seorang Pengakap Remaja setelah mendapat kesemua 5 lencana tertinggi (maksimum 1 lencana sahaja dalam masa 1 bulan) boleh dianugerahkan Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Remaja Anugerah Ketua Pengakap Negara (AKPN) dengan syarat-syarat berikut:- 1.   Lulus semua ujian Lencana Tertinggi sekurang-kurangnya 2 bulan selepas. 2.   Menunjukkan sikap dan keupayaan kepimpinan yang cemerlang dan boleh dicontohi. 3.   Mengamalkan prinsip Pengakap. 4.   Berkelakuan baik dan disegani. Cara Memakai Lencana Pengakap Remaja

Lencana Perkhidmatan

Pertolongan Cemas Pemadam Api Khidmat Masyarakat

Lencana Ekspedisi

Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan ekspidisi seperti berbasikal, berperahu, berakit, mendaki gunung, berjalan kaki dan melengkapkan log ekspidisi seperti disyaratkan. 1.   Latihan Ekspedisi Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah membungkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi pengembaraan yang beratnya tidak lebih daripada 15 kg. termasuk 10 kg. barang makanan. Pengakap hendaklah bersedia menyediakan dan menyusun keperluan peribadi dalam beg sandang (haverseck). 2.   Ekspedisi 2.1   Mengambil bahagian yang penting dalam satu ekspedisi berpatrol ( 4 hingga 7 orang ) dengan berjalan kaki selama 4 hari 3 malam sejauh 80 km ATAU 150 km berbasikal dengan melaksanakan tugasan. 2.2   Perjalanan hendaklah meliputi jalan raya, jalan desa, hutan berbukit-bukau. 2.3.   Bermalam di satu lokasi, mendirikan