Lencana Ekspedisi

Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan ekspidisi seperti berbasikal, berperahu, berakit, mendaki gunung, berjalan kaki dan melengkapkan log ekspidisi seperti disyaratkan.

1.   Latihan Ekspedisi

Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah membungkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi pengembaraan yang beratnya tidak lebih daripada 15 kg. termasuk 10 kg. barang makanan. Pengakap hendaklah bersedia menyediakan dan menyusun keperluan peribadi dalam beg sandang (haverseck).

2.   Ekspedisi

2.1   Mengambil bahagian yang penting dalam satu ekspedisi berpatrol ( 4 hingga 7 orang ) dengan berjalan kaki selama 4 hari 3 malam sejauh 80 km ATAU 150 km berbasikal dengan melaksanakan tugasan.
2.2   Perjalanan hendaklah meliputi jalan raya, jalan desa, hutan berbukit-bukau.

2.3.   Bermalam di satu lokasi, mendirikan khemah dan menyediakan makan malam dan sarapan secara 'backwood's atau seumpamanya.

2.4.   Perjalanan meliputi pengembaraan malam tidak kurang dari 3 jam.

ATAU

2.5.   Berjalan kaki bersama patrol ( 4 hingga 7 orang ) tidak kurang dari 40 km dalam masa 24 jam terus-menerus dengan melaksanakan tugasan.

2.6.   Perjalanan hendaklah meliputi pinggiran bandar, desa atau luar bandar.

2.7.   Masa rehat diberikan selama 2 jam bagi menyediakan makanan yang disediakan secara 'backwood's atau seumpamanya.

2.8.   Ekspedisi ini diakhiri dengan pengembaraan malam selama 10 jam.

ATAU

2.9.   Berakit, berkayak atau berdayung sejauh 50 km selama 4 hari 3 malam di sungai atau persisiran pantai.

ATAU

2.10.   Mendaki gunung selama 3 hari 2 malam ( mengikut keadaan tempatan ) tidak kurang 4,500 kaki dari aras laut.

3.     Tugasan:

3.1.   Menyediakan laporan bertulis 'Log Ekspidisi" mengikut format yang disediakan oleh PPM Negeri.
3.2.   Tugasan-tugasan tertentu yang berkaitan dengan perjalanan ekspidisi.
3.3.   Laporan perjalanan dan tugasan hendaklah disokong dengan gambar, rakaman atau video dan sebagainya.
3.4.   Log Ekspidisi hendaklah dihantar untuk disemak oleh Pemimpin Kumpulan kepada Pesuruhjaya Daerah / Penguji tidak lewat dari 10 hari selepas ekspidisi untuk lulus ujian.

INGATAN:
Pengakap Remaja berkenaan perlu tahu dan boleh menyediakan langkah-langkah keselamatan bagi jenis pengembaraan yang dipilih.

Penguji mestilah berpuas hati bahawa Pengakap Remaja berkenaan sihat tubuh badan dan fikiran untuk melakukan ekspidisi itu dan semua syarat keselamatan telah diambil.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGAKAP RAJA 2021