SKIM LATIHAN PENGAKAP REMAJA
Unit Pengakap Remaja adalah bahagian yang ketiga dalam siri latihan berpengakap, iaitu pertama Pengakap Kanak-Kanak dan yang kedua Pengakap Muda. Bahagian ini adalah bagi budak-budak yang berumur 15 hingga 18 tahun. Tujuan bahagian ini ialah bagi membolehkan Pengakap meneruskan latihan hingga tamat bagi satu peringkat latihan yang sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohaninya setelah selesai menempuhi latihan Pengakap Muda. Peringkat ini tidak kurang pentingnya bagi melengkapkan Pengakap untuk menghadapi hari mukanya agar ia dapat memainkan peranannya yang cergas dan positif dalam masyarakat. Bagi Pengakap Muda yang sudah sampai umurnya 15 tahun mestilah menjadi Pengakap Remaja. Jika sekiranya belum lulus Lencana Jaya ia boleh meneruskan latihan hingga tercapai lencana ini. Seorang Pengakap yang belum pernah menjadi Pengakap dan berumur 15 tahun boleh menjadi Pengakap Remaja sebagai ahli baru: (a) Setelah mendapat Lencana Keahlian Pengakap (lihat Skim Lencana Pengakap Muda) d...
Ulasan
Catat Ulasan