SKIM LATIHAN PENGAKAP REMAJA

Unit Pengakap Remaja adalah bahagian yang ketiga dalam siri latihan berpengakap, iaitu pertama Pengakap Kanak-Kanak dan yang kedua Pengakap Muda. Bahagian ini adalah bagi budak-budak yang berumur 15 hingga 18 tahun.

Tujuan bahagian ini ialah bagi membolehkan Pengakap meneruskan latihan hingga tamat bagi satu peringkat latihan yang sesuai dengan pertumbuhan jasmani dan rohaninya setelah selesai menempuhi latihan Pengakap Muda. Peringkat ini tidak kurang pentingnya bagi melengkapkan Pengakap untuk menghadapi hari mukanya agar ia dapat memainkan peranannya yang cergas dan positif dalam masyarakat.

Bagi Pengakap Muda yang sudah sampai umurnya 15 tahun mestilah menjadi Pengakap Remaja. Jika sekiranya belum lulus Lencana Jaya ia boleh meneruskan latihan hingga tercapai lencana ini.

Seorang Pengakap yang belum pernah menjadi Pengakap dan berumur 15 tahun boleh menjadi Pengakap Remaja sebagai ahli baru:

(a) Setelah mendapat Lencana Keahlian Pengakap (lihat Skim Lencana Pengakap Muda) dan terus

(b) Menjalani latihan bagi mendapatkan Lencana Usaha, Lencana Maju dan Lencana Jaya mengikut Skim Latihan Pengakap Muda, dalam masa yang singkat tetapi berpatutan sebelum memulakan kerja bagi Lencana Tertinggi.

Peraturan pembentukan unit dan patrol Pengakap Remaja adalah sama seperti bagi Pengakap Pengakap Muda (Lihat Skim Latihan Pengakap Muda).








1.0 LENCANA JAYADIRI.

1.1 Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen.

1.2 Melukis dan menerangkan rupabentuk bendera semua Negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing.

1.3 Menerangkan fungsi satu daripada agensi Kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS dan lain-lain.

1.4 Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama ahli Parlimen yang berkenaan.

1.5 Mempunyai buku log pengakap yang kemas kini.








2.0 LENCANA KEMAHIRAN

2.1 Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu latihan asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawad tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jayanya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.

2.2 Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut:
(a) simpul tapak kucing (catpaw)
(b) simpul raga (carrick bend)
(c) simpul serban (turk's head)
(d) simpul buaian (scaffold hitch)
(e) lilit berkas tingkat (racking bend)
(f) genggam monyet (monkey fist)
(g) sambat pendek (short splice)
(h) ikat Jepun (Japanese lashing)
(i) ikat Filipina (Filipion lashing)
(j) takal tali (rope tackle / harvester's hitch)

2.3 Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu:-
(a) 3 - 2 - 1
(b) 'log & picket'
(c) 'dead-man'

2.4 Membina satu projek perintis (pioneering project) secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial runway' tidak kurang daripada 5 meter tinggi / panjang.

2.5 Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai asas 'Orienteering' dan cara membuat 'cross-bearing' bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas.

2.6 Memahirkan diri dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat 'bivouac' dan bermalam di dalamnya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lencana Ekspedisi

PENGAKAP RAJA 2021